Monday, October 26, 2009

Mari mengenali Masjid Sultan Ismail,UTM

Tahukah anda tentang MASJID SULTAN ISMAIL,UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI?

1986 – Bermulanya pembinaan masjid.

1990 – Masjid Sultan Ismail siap dibina.

RM19 JUTA – Kos pembinaannya.

10 000 jemaah – boleh menampung hampir 10 000 jemaah dalam satu-satu masa.

3 – setinggi 3 tingkat dengan tiga pasang menara yang berlainan ketinggian untuk mencerminkan tiga aras ketinggian.

Reka bentuknya amat unik jika diperhatikan dengan teliti. Mari kita lihat bagaimana ia terbentuk menjadi satu masjid yang indah :
1) Reka bentuk kubah seakan-akan kubah Masjid Al-Aqsa di baitul maqdis.
2) Pintu masuk masjid berbentuk pintu masjid di Iran dan Iraq.
3) Mimbar masjid berbentuk mimbar masjid Nabawi dan Masjid Turki.
4) Bahagian serambi tepi masjid direka bentuk menyamai ciri tempat sa’ie dari safar ke Marwah di Mekah.

Semua ini penting tetapi yang lagi penting mari kita solat jemaah sama-sama di Masjid @ surau.

0 comments: