Pagi yang hening. Fikiranku masih kosong. Tiada yang hendak difikirkan. Kedengaran sayup-sayup bunyi burung-burung sedang bermain-main diluar bilik. Pasti gembira bila memikirkan menjadi seperti mereka. Sentiasa bermain-main. Tiada tanggungjawab yang perlu dipikul. Tiada masalah yang perlu difikirkan. Tetapi jauh dilubuk hatiku,aku masih rasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai manusia yang mempunyai matlamat dan prinsip dalam hidupku.
Hari yang tenang. Jiwaku masih kosong. Apa yang perlu difikirkan pada waktu-waktu begini. Peperiksaan akhir hampir tamat. Ada sedikit kerisauan tentang ujian yang bakal aku tempuhi tapi lebih merisaukan dengan ujian Allah yang pasti aku akan tempuhi.
“Ya Allah,Engkau selamatkanlah jiwaku yang banyak berdosa kepadaMu ini. Aku tidak berdaya menemuiMu dalam keadaanku yang banyak berbuat kejahatan di atas muka bumiMu ini. Terimalah taubatku,ya Tuhanku.......”
Pandanganku beralih ke sekitar kawasan lapang. Kelihatan beberapa pekerja sedang memotong rumput dan lalang yang panjang. Tanggungjawab! Itulah rutin harian mereka. Tidak berubah melainkan mereka berasa bosan dan ingin keluar dari kehidupan seperti itu. Jika mereka mahu mencari erti hidup yang lebih bermakna. Siapalah aku ini untuk mengubah mereka. Biarlah mereka dengan kerja mereka. Mungkin Allah telah menentukan rezekinya di situ.
“aku pula bagaimana?”
“adakah masih mahu hidup dalam kehidupan yang selalunya sama?”
“bangun,solat,pergi ke kuliah,exam,tidur”....
“adakah aku diturunkan dan diciptakan sekadar untuk melakukan perkara-perkara itu sahaja?”
Hatiku masih tertanya-tanya. Masih meronta-ronta untuk mencari erti dan maksud sebenar disebalik penciptaan diriku ini. Mataku tertumpu ke arah lambakan buku-buku. Mataku liar mencari. Mencari sesuatu yang boleh menjawab persoalan-persoalan yang bisa membenteng fikiranku sekarang. Ya! Tanganku mencapai tafsir AlQuran terlebih dahulu. Petunjuk bagi orang-orang beriman. Pasti jawapannya disini!
Firman Allah SWT,
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan Khalifah di Bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana,sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?” Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
( surah al-baqarah : 30)
Akan bersambung.....
Monday, November 9, 2009
Sunday, November 8, 2009
Segerakanlah!
Dari Hatim al-Asom :
" Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan,kecuali pada lima tempat maka ia termasuk sunnah Rasulullah SAW,
1) Memberi makan tetamu bila ia datang berkunjung
2) Menyiapkan perkuburan mayat bila ia telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan bila cukup umur.
4) Membayar hutang bila telah sampai masanya.
5) Betaubat dari dosa bila ia telah melakukannnya.
Sama-samalah kita melakukannya,semoga dilimpahi rahmat dan petunjuk dari Allah,InsyaAllah

Monday, October 26, 2009
Mari mengenali Masjid Sultan Ismail,UTM
Tahukah anda tentang MASJID SULTAN ISMAIL,UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI?
1986 – Bermulanya pembinaan masjid.
1990 – Masjid Sultan Ismail siap dibina.
RM19 JUTA – Kos pembinaannya.
10 000 jemaah – boleh menampung hampir 10 000 jemaah dalam satu-satu masa.
3 – setinggi 3 tingkat dengan tiga pasang menara yang berlainan ketinggian untuk mencerminkan tiga aras ketinggian.
Reka bentuknya amat unik jika diperhatikan dengan teliti. Mari kita lihat bagaimana ia terbentuk menjadi satu masjid yang indah :
1) Reka bentuk kubah seakan-akan kubah Masjid Al-Aqsa di baitul maqdis.
2) Pintu masuk masjid berbentuk pintu masjid di Iran dan Iraq.
3) Mimbar masjid berbentuk mimbar masjid Nabawi dan Masjid Turki.
4) Bahagian serambi tepi masjid direka bentuk menyamai ciri tempat sa’ie dari safar ke Marwah di Mekah.
Semua ini penting tetapi yang lagi penting mari kita solat jemaah sama-sama di Masjid @ surau.

Wednesday, October 21, 2009
Tuesday, October 20, 2009
Dasar baru PPSMI akan dipercepatkan
Dasar baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris(MBMMBI) bagi murid Tahun Satu akan bermula 2011 berbanding cadangan asal pada 2012.
untuk maklumat lanjut sila layari laman di bawah ini:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10/21/nation/4945201&sec=nation
untuk maklumat lanjut sila layari laman di bawah ini:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10/21/nation/4945201&sec=nation
Sumbangan IKIM.fm kepada Kembara Kasih 2009
Alhamdulillah,selesai sudah umat Islam di Malaysia menyambut hari kemenangan Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri. Penulis memohon maaf diatas kurang komitmen dalam penulisan blog ini kerana ada komitmen lain yang lebih utama untuk dilakukan(alasan je tue).
Baru-baru ini penulis bersama seorang sahabat sempat menjenguh ke salah satu radio tempatan iatu IKIM.fm. Diatas budi bicara dan kerjasama daripada pihak IKIM,maka kami telah dijemput untuk berkongsi sedikit maklumat dan pengalaman berkenaan PROGRAM KEMBARA KASIH 2009 akan akan dilakukan di Kemboja.
Disini,penulis ingin berkongsi sedikit gambar yang sempat kami ambil selepas penyiaran slot AGENDA UMMAH. akhir kata, Penulis ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA(IKIM) di atas slot yang disediakan untuk pihak kami menyebarkan maklumat mengenai program yang berlatar belakangkan kebajikan umat Islam.

Thursday, September 17, 2009
Salam Hari Raya Aidilfitri
Penulis mengucapkan Selamat Hari Aidilfitri Raya buat semua muslimin dan muslimat,keluarga yang tersayang,guru-guru di Sek. Keb. Balai Besar,Samt. Tengku Ampuan Jemaah,Kolej Matrikulasi Perak,UTM Skudai,Sahabat-sahabat seperjuangan dan seterusnya kepada pejuang-pejuang Islam di luar sana.
Semoga kita semua mendapat keampunan (full version) di dalam Bulan Ramadhan kali ini. InsyaAllah.
Semoga kita semua mendapat keampunan (full version) di dalam Bulan Ramadhan kali ini. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)